Home
Sejarah Ringkas - Hj Mamat b Hj Ibrahim b Banu (1870an -1939)
Akibat dari kemarau berpanjangan di Terengganu, sebuah keluarga yang diketuai oleh En Banu telah berpindah ke Kedai Lalat. Di Kedai Lalat, beliau dan keluarga diberi kebenaran tinggal oleh Raja Kedai Lalat untuk tinggal di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan.
Salah seorang anak kepada En Banu iaitu Hj Ibrahim telah berpindah ke Kampung Kubang Gatal. Semasa hayatnya, Hj Ibrahim menerima kehadiran 6 orang anak yang diberi nama :- Hj Daud, Mek Nor, Lebar, Mek Na, Hj Mamat dan Chu Stimah.
Hj Mamat telah dilahirkan di Kampung Kubang Gatal sekitar tahun 1870an. Beliau telah dididik dengan sebaiknya oleh kedua ibu bapanya dan melanjutkan pelajaran di Kota Bharu dan mempelajari pengajian ilmu agama dengan seorang ulama yang berasal dari Mesir. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Mekah. Sekembalinya dari Mekah, beliau telah dilantik menjadi Imam Mukim Kubang Gatal.
Perkahwinan pertama Tok Ayah Hj Mamat dengan Mek Bu telah dikurniakan seorang anak yang diberi nama Yusof. Amat menyedihkan, jodoh yang tidak panjang akhirnya mereka berpisah. Perkahwinan kedua ialah dengan Hajjah Fatimah Ali dan dikurniakan tujuh putera dan puteri. Dalam masa yang sama, Tok Ayah telah berkahwin dengan Pn Siti Zubaidah (Mak Su Bidah) dan dikurniakan empat orang putera dan puteri.
Tok Ayah Hj Mamat meninggal dunia pada tahun 1939. Semoga roh Tok Ayah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.
Archive